Program Perkampungan Akademik SPM 2014

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) bakal mengadakan Program Perkampungan Akademik SPM Tahun 2014. Program tersebut akan berlansung pada 09 Jun hingga 15 Jun 2014. Semua pelajar Tingkatan 5 seramai 149 orang wajib hadir ke kampus INTEJ pada 08 Jun 2014 sebelum jam 06:00 petang. Pengisian program adalah guru-guru akan mengajar dan menjalankan latih tubi bagi memberi penekanan kepada matapelajaran masing-masing. Tahniah kepada guru dan pelajar kerana sanggup berkorban cuti sekolah bagi mencapai kecemerlangan diri dan sekolah.