Bengkel Kecemerlangan Kimia INTEJ

10 MEI 2014 – Panatia Kimia INTEJ telah mengadakan Bengkel Kecemerlangan Kimia kepada semua pelajar Tingkatan 5 seramai 149 orang. Selain daripada pelajar INTEJ, bengkel itu disertai juga oleh pelajar Tingkatan 5 seramai 50 orang daripada SMK Batu Kikir (Model Khas). Bengkel tersebut telah dijalankan di Dewan HAMKA Al Kubra. Cikgu Mazrulhisham selaku ketua panatia telah menjemput seorang Guru Cemerlang matapelajaran kimia daripada SMK Syed Ali Al Jufri, Jelebu. GC tersebut ialah Cikgu Chin Kok Voon. Bengkel telah dijalankan bermula pada 02:30 hingga 04:30 petang. Semoga pelajar memperolehi kecemerlangan hasil daripada bengkel tersebut.
Bengkel Fizik1-700px