BADAR INTEJ anjurkan Temasya Sukan, Nasyid dan Masterchef INTEJ SBP Kebangsaan

bertudung dan memakai baju labuh antara syarat futsal muslimah

Bertudung labuh bukan penghalang bagi INTEJ untuk merangkul Naib Johan dan Tempat ke-3 bagi Futsal Muslimah

Ajk sempat mengambil gambar kenangan  malam palestin

Ajk sempat mengambil gambar kenangan malam palestin

Antara guru yang hadir memeriahkan Malam Amal Palesti FIFA

Antara guru yang hadir memeriahkan Malam Amal Palesti FIFA

27 Sept 2014: Majlis Pemimpin Badan Dakwah & Rohani SBP Integrasi Jempol (INTEJ) dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris Negeri Sembilan telah berjaya menjalankan program Temasya Sukan, Nasyid dan Masterchef INTEJ (TSUNAMI) antara Sekolah Berasrama Penuh Kebangsaan baru-baru ini. Program ini merupakan program yang kedua yang berjaya dijalankan hasil kolaborasi antara guru dan pelajar Badan Dakwah & Rohani (BADAR) menjadikan Sukan, Nasyid dan Masterchef sebagai satu cara berdakwah dalam kalangan remaja dan meberikan pendedahan mengenai sukan, nasyid dan cara memasak. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah Perlawanan Bola Sepak, Kriket, futsal Muslimah,Nasyid dan Masterchef. Program ini juga diadakan bagi merapatkan ukhwah dalam kalangan pelajar yang menyertainya selain memperkenalkan program yang dianjurkan oleh BADAR. Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG INTEJ) Tn Haji Roslan bin Abd. Rashid merasmikan majlis. Bersempena dengan pertandingan sukan bola sepak, INTEJ muncul juara. Selain itu INTEJ juga merangkul tempat ketiga dalam pertandingan nasyid dan INTEJ mendapat naib johan bagi kriket bawah 14. Yang paling menarik, futsal muslimah meraih tempat kedua dan ketiga. Selain sukan, pertandingan memasak dan pertandingan melancar roket jug dilaksanakan. Beberapa sekolah seluruh SBP berdekatan telah hadir ke temasya kali ini antaranya SM Sains Perempuan Seremban Negeri Sembilan, SM Sains Tunku Jaafar Kuala Pilah Negeri Sembilan, SMAP Kajang Selangor danĀ  SM Sains Muar Johor. Program ini berlangsung selama dua hari, pada sebelah malamnya, BADAR INTEJ telah menjemput artis baru Taleeb Mirzad dan Kumpulan Duta Palestin bagi mengutip dana palestin. BADAR INTEJ telah menjadikan program sebegini untuk menarik minat remaja bersukan dengan kaedah yang telah ditetapkan syariat Islam. Sehubungan dengan itu, BADAR INTEJ mengucapkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan pihak SBP Integrasi Jempol sebagai penaja utama dalam menjayakan program TSUNAMI kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *