INTEJ temui tonik kecemerlangan di MRSM Langkawi

 

Antara Guru & Staf sempat  bergambar dengan staf MRSM Langkawi

Antara Guru & Staf sempat bergambar dengan staf MRSM Langkawi

Gambar Kenangan bersama Pengetua dan Guru MRSM Langkawi

Gambar Kenangan bersama Pengetua dan Guru MRSM Langkawi

22 Disember, Langkawi: INTEJ dengan jayanya melaksanakan program lawatan penandarasan ke Langkawi selama 3 hari 2 malam. Seramai 43 orang staf dan guru SBP Integrasi Jempol (INTEJ) telah menyertai lawatan ini. Pengetua Cemerlang INTEJ telah mencadangkan MRSM Langkawi sebagai lawatan rasmi kerana beliau menyatakan MRSM Langkawi merupakan salah sebuah sekolah yang hebat dalam bidang akademik. Lawatan rasmi itu telah memberi satu pendedahan yang baru kepada warga guru dan staf INTEJ. Satu perkongsian ilmiah antara INTEJ dan MRSM Langkawi. Kami disambut oleh Pengetua MRSM sendiri dan beberapa orang guru. Pihak INTEJ mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menerima INTEJ walaupun sednang bercuti. Selain perbincangan, tedapat slot lawatan sekitar MRSM Langkawi. Pihak INTEJ juga mengucapkan kepada semua AJK yang menguruskan lawatan ini terutamanya Pn Norlida Bt Baharudin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *