Sesi Pendaftaran Pelajar Kanan INTEJ Berjalan Lancar: Sesi 2015

DSC_8039

Wajah guru INTEJ 2015

Cikgu Saifunizam tekun membacakan beberapa peraturan kelas kepada pelajar

Cikgu Saifunizam tekun membacakan beberapa peraturan kelas kepada pelajar

Bersistematik

Bersistematik

PK Hem sedang memantau perjalanan program

PK Hem sedang memantau perjalanan program

Tekun.

Tekun.

Antara AJK Unit Kaunseling yang terlibat

Antara AJK Unit Kaunseling yang terlibat

11 Januari 2015, INTEJ: Petang tadi, telah selesai pendaftaran pelajar kanan INTEJ iaitu pelajar tingkatan 2 hingga 5 sesi 2015. Dilihat guru-guru INTEJ sudah siap sedia membuat pendaftaran pelajar kanan petang tadi. Walaupun keletihan melayan ibubapa yang hadir, guru-guru INTEJ sentiasa memberikan senyuman. AJK Unit Kaunseling telah membuat persediaan yang mantap dan ianya berjalan lancar. Pendaftaran  bermula pukul 2 petang dan tamat pada pukul 5 petang. Turut membantu juga, En Baharudin selaku GPK Hem yang sentiasa memantau agar segala permasalahan dapat dirujuk dan diselesaikan dengan segera. Selain pendaftaran kelas, terdapat juga pembayaran koperasi iaitu bayaran dobi, selimut dan sebagainya. Selepas selesai pendaftaran, pelajar diarahkan ke asrama untuk tujuan mengemaskan dorm masing-masing. Semua pelajar yang berdaftar menunjukkan muka yang ceria. Salah seorang pelajar tingkatan 5 iaitu Ahmad Syuaib, sempat ditemuramah, saudara Ahmad menyatakan beliau mempunyai azam baru untuk tahun 2015 ini, menurutnya lagi, beliau mahu membuat sesuatu yang membanggakan untuk sekolah.

 

Admin: Selamat Kembali buat Warga INTEJ. Azam baru, Semangat baru!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *