Pada 2 Mac, InteJ telah menghantar pasukan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ke pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri peringkat zon selatan. Pertandingan ini diadakan di SM Sains Sembrong, Johor (SASEM) selama tiga hari. Pasukan bahas Bahasa Melayu telah berhadapan dengan SainSri, TKC, Sultan Iskandar, MOZAC dan SASEM. Alhamdulillah, pasukan bahas Bahasa Melayu telah memenangi 3 pusingan daripada 5 dan mendapat anugerah perak melayakkan mereka ke peringkat akhir. Manakala, bahas Bahasa Inggeris telah mendapat anugerah gangsa. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan!

Categories: KOKURIKULUM

intejwebadmin

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI JEMPOL 72200 Batu Kikir Negeri Sembilan

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *