Sejarah

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (SBPIJ) terletak dalam Daerah Jempol. Bahau ialah bandar yang terhampir dengan jaraknya kira-kira 12 kilometer.

SBPIJ dilengkapi 6 blok bangunan, mula dibuka pada 07 Januari 2002. Pada peringkat awal, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol (SMKAJ) sebelum menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Jempol (SMAPJ). Kemudian sekolah ini dinaikkan taraf sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol pada 03 Disember 2002.

Pelajar pertama sekolah ini memulakan persekolahan dengan menumpang di SMK Batu Kikir (Model Khas) hampir 07 bulan sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina. Sesi persekolahan dijalankan pada sebelah petang.

Sebelum kedatangan Pengetua pertamanya, Puan Rubiyah Binti Harun pada 01 Mac 2002, tugas pengetua dipangku oleh GPK Puan Hajah Zabidah Binti Haji Lasim. Bilangan guru pada ketika itu hanyalah seramai 16 orang dan seorang staf pentadbiran. Bilangan pelajar Tingkatan 1 yang mendaftar adalah seramai 150 orang dan Tingkatan 4 seramai 29 orang.

Pada 08 Julai 2002, pelajar SBPIJ telah berpindah ke bangunan rasmi sekolah yang terletak kiro-kira 0.5 kilometer daripada SMKBK dengan keluasan kira-kira 48 ekar persegi dan dilengkapi kemudahan-kemudahan yang serba canggih bagi membolehkan para pelajar belajar dengan selesa.

Sekolah ini mampu memuatkan pelajar seramai 640 orang iaitu 320 pelajar lelaki dan 320 org pelajar perempuan. Bilangan kelas yang ditawarkan ialah sebanyak 21 buah 9 menengah rendah dan 12 menengah atas. Menengah atas menawarkan aliran Sains Tulen Agama, Sains Tulen dan Sains Teknikal.

SBPI Jempol telah dinaiktaraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2010 dan pada tahun 2013 telah diiktiraf sebagai SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


KENANGAN SEDEKAT INTEJ

gmbr kenangan-jpeg720
Kenangan pelajar berpindah masuk ke tapak INTEJ baru

36855_141236192554548_100000045033557_376136_934847_n
Pelajar mengangkat meja dan kerusi

37463_141238502554317_100000045033557_376148_1636360_n
Perhimpunan dalam Dewan HAMKA Al Kubra